Pages

Monday, February 26, 2018

Tutorial Unlock Protected Sheet Di Microsoft Excel.

Pernah tak buka fail excel, kemudian jumpa seperti gambar di bawah ni?


Langsung tak boleh nak tambah/edit di fail excel kan? Tutorial hari ini adalah cara untuk Unlock sheet yang telah di Lock. Senang kata bypass la. 

Sebelum mula, ingin sy tekankan, cuma berfungsi di Microsoft Excel 2007, Excel 2010, Excel 2013. Untuk yang lebih advance, sila Try And Error.

Cara Pertama

1. Buat backup untuk fail asal Excel tersebut. Macam buat salinan la.


2. Tukarkan fail extension .xlsx ke .zip. Nanti akan keluar popup, tekan Yes. Saya menggunakan software Winrar.


3. Kemudian extractkan file yang telah di ditukarkan fail extension tersebut. Pilih sepeti tanda anak panah.


4. Cari fail berformat xml pada sheet yang diperlukan. Pada gambarajah di bawah, data berada di sheet 1.
xl > worksheet > sheet1.xml


5. Kemudian edit fail sheet1.xml menggunakan XML Editor. Saya menggunakan software Notepad ++. Cari perkataan 'sheet protection' ataupun pilih command yang telah saya highlightkan(berwarna kelabu). Kemudian padamkan baris command tersebut.


6. Kemudian klik File dan Save (Simpan).


7. Setelah Save(Simpan), pilih sheet1.xml di dalam folder zip, kemudian Padamkan(Delete).


8. Klik(Click) dan Heret(Drag) sheet1.xml ke dalam folder zip untuk menggantikan sheet1 yang telah dipadam. Popup akan keluar, klik Yes.


9. Tutup folder zip dan namakan format .zip ke .xlsx semula.


10. Cuba buka fail excel yang telah diedit. Semua item yang di protect telah boleh digunakan semula seperti biasa. 


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye.